Tuesday, June 22, 2010

Memblogworkingkan Diri Dengan Gembira Dengan WAWWI MATRIX BLOGWALKING MARKETING



Assalamualaikum dan salam sejahtera..wah..lama dah tak update blog ni.. Bukan sibuk or sakit..cuma penyakit malas menyerang..hahaha..
Hari ni nak cite sket macammana nak mempercepatkan blogworking... tak le kelam kabut samapi langsung tak baca post kat blog orang yang kita singgah tu pun.. tinggalkan jejak n tanya khabar je...hehehe.. kali ni..anda tak perlu kelam kabut nak kejar trafik banyak ye..ni caranye.. dengan menggunakan kuasa bulan...eh silap..ngan menggunakan WAWWI MATRIX BLOGWALKING MARKETING...

Aku dah join..x caye.. tengok ni..siap print screen lagi..hehehe


Pengenalan Sket
WAWWI MATRIX BLOGWALKING adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx5 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Apakah Matrix nx5?
Matrix nx5 ni macam punca kuasa juga le... dia bertingkat-tingkat.. macam ni..
Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger
Kata mudahnya macam ni... awak daftar sekarang..kemudian ada orang daftar bawah awak kononnya si A..awak kat Lv 1 dah.. kemudian ada pula orang daftar bawah si A, contohnya si B..awak naik kat Lv 2.. sistem ni hanya membenarkan anda mencapai kedalaman Lv15 je.. bukan bermakna hanya 15 orang je bawah anda.. setiap level boleh mencapai 5 Blogger.. 1 cabang setiap blogger tu..ada lima cabang lagi.. jadi 5 x 5 = 25.. kemudian 25 cabang tadi.. ada lima cabang lagi setiap blogger.. jadi 25 x 5 = 125... kemudian 125 blogger tadi..ada lima cabang lagi setiap blogger..jadi 125 x 5 = 625 dan seterusnya..penat nak cite sampai Lv15...sekiranya anda mencapai Lv15..potensi blog atau trafik anda adalah... jeng..jeng..jeng... = 19 525.. perkhhh.. macam blog artis pula.. hehehe.. amacam.. ok tak ????


Apakah itu Autospillover??
Ni yang suke ngan Autospillover ni.
.. Autospillover ni adalah apabila anda telah mencapai had lebar downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindahkan ke network downline Level 1 anda dimana ahli yang belum mempunyai network twrendah aakan menerima ahli baru tersebut secara automatik... Anda tak rugi apa2.. sistem ni bantu anda susun downline anda secara aotumatik macam ni..


Sistem Mata
Berfungsi untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga digunakan semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking...semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi potensi pelawat kat blog korang dan semakin banyak mata yang bakal anda perolehi :)

Anda daftar je..dapat 10,000 mata permulaan yang berfungsi supaya blogger lain dapat melawat blog anda... Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda..anda akan perolahi mata seperti berikut:
  • Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
  • Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
  • Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
  • Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
  • Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
  • Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Selain itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda menerima nilai mata mengikut level iaitu:

Sponsor secara langsung = 20 mata Downline level 1 = 15 mata Downline level 2 = 14 mata Downline level 3 = 13 mata Downline level 4 = 12 mata Downline level 5 = 11 mata Downline level 6 = 10 mata Downline level 7 = 9 mata Downline level 8 = 8 mata Downline level 9 = 7 mata Downline level 10 = 6 mata Downline level 11 = 5 mata Downline level 12 = 4 mata Downline level 13 = 3 mata Downline level 14 = 2 mata Downline level 15 = 1 mata Potensi Nilai Mata Referral Lv 1: 5 x 15 = 75 mata Lv 2: 25 x14 = 350 mata Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Untuk keterangan lebih lanjut.. klik tutor kat bawah widget...hehehe



Monday, June 14, 2010

Anugerah Yang NUFFNANG Pernah Dapat



Nuffnang adalah sebuah syarikat peneraju dalam pengiklanan blog di Asia Tenggara.. Mula dilancarkan sekitar bulan Februari 2007 oleh Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheo Ming Shen. Setakat Julai 2009.. sekitar 80, 000 orang blogger berdaftar dengan Nuffnang di EMPAT buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Melbourne, Australia.

Di bawah ini merupakan anugerah-anugerah yang telah diperolehi oleh syarikat Nuffnang ini (Sumber : Wikipedia):
  1. Best Regional Blog
  2. Best Hidden Gem
  3. Most Influential Blog
  4. Best Blog Shop
  5. Best Geek Blog
  6. Best Entertainment Blog
  7. Best Celebrity Blog
  8. Best Travel Blog
  9. Best Parenting Blog
  10. Best Fashion Blog
  11. Best Food Blog
  12. Best Original Blog Design
Banyak juga anugerah yang telah diperolehi oleh syarikat ini kan? Ada satu gelaran untuk blogger yang mengiklankan Nuffnang iaitu Nuffnanger

Sunday, June 13, 2010

meletup1 10 Kejadian Letupan Pelik

1) Ikan paus 50 tan meletup

Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.

meletup3 10 Kejadian Letupan Pelik

2) Rokok meletup

Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut. Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok… Agak-agaknya ape la yang ada dalam rokok andi tu? mercun??

moral of the story : jgn isap rokok sambil bwk moto,..hehe

meletup4 10 Kejadian Letupan Pelik

3)Ipod Meletup

Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..

meletup5 10 Kejadian Letupan Pelik

4) Laptop meletup semasa persidangan

Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu..

meletup7 10 Kejadian Letupan Pelik

5) Jamban Meletup

Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho

meletup8 10 Kejadian Letupan Pelik

6)Kerusi pejabat pun meletup gak

Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..

meletup9 10 Kejadian Letupan Pelik

7) Chewing gun meletup

Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.

meletup10 10 Kejadian Letupan Pelik
8) Telefon bimbit meletup

Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.

meletup11 10 Kejadian Letupan Pelik

9) Deoderan meletup, remaja cedera

Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni

meletup12 10 Kejadian Letupan Pelik

10) Mesin basuh meletup

Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi…